Friday 13 September 2013

Explorasi Sains..

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada hari sabtu ini,14 september 2013,PMS akan menganjurkan satu aktiviti yang berkaitan dengan sains iaitu EXPLORASI SAINS. Bertempat di sekitar kawasan blok-blok fakulti sains dan matematik serta perkarangan masjid. Penyertaan hanya terhad kepada 35 orang sahaja,,Tiada yuran pendaftaran yang dikenakan. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi sedikit ilmu pengetahuan mengenai sains dan aplikasinya. Terbuka kepada semua pelajar untuk menyertainya. 

Selain aktiviti explorasi sains ini, terdapat satu program dibawah Fakulti Sains dan Matematik iaitu PERAK EXPO FOR YOUNG SCIENTISTS. Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 13 September sehingga 15 September 2013.

Bertemakan Jom Terokai Sains, program ini memupuk minat para pelajar untuk berani menerokai ilmu sains.
"Dalam usaha untuk mempergiatkan aktiviti dan minat pelajar sekolah dalam bidang Sains, satu ekspo bertemakan "Jom Terokai Sains" akan diadakan di Negeri Perak. Ia diharapkan dapat memberi peluang penyertaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri Perak begi mempamerkan hasil penyelidikan mereka berkonsepkan aplikasi kemahiran Sains, Matematik & Teknologi yang berteraskan kreativiti dan inovasi." Pautan lebih lanjut mengenai program ini,sila tekan disini

Friday 26 July 2013

MAJLIS ILMU




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Insyaallah, kami dari pihak PMS akan mengadakan satu ceramah bertajuk Solat, Puasa dan Sains anjuran LPS. Bertempat di BE-Learning 1,Kampus Sultan Abdul Jalil, pada ahad ini bersamaan 28 Julai 2013, 19 Ramadhan 1434.Pukul 8.30 pagi. Semua dijemput hadir bagi yang berkelapangan. Diharap dengan kehadiran anda,majlis dapat berjalan dengan lancar dan diberkati.





Wednesday 17 July 2013

CAR WASH *Beriadah Sambil Beramal* ^_^





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur ke-hadrat Illahi,,,selesai satu program,,menyusul pula program yang lain. Insyaallah kami dari pihak Persatuan Mahasiswa Sains,UPSI akan mengadakan satu program Beriadah Sambil Beramal di Parkir Muzium Lama, Kampus Sultan Abdul Jalil.

Diharap program yang kami adakan ini akan mendapat sambutan dari para pelajar serta pensyarah malah seluruh warga Tanjong Malim.




Wednesday 3 July 2013

Majlis Penyerahan Sijil Dekan Diploma

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat pertama kalinya, kami akan mengadakan majlis penyerahan sijil dekan bagi pelajar-pelajar diploma pada 4.7.2013 bertempat di Dewan Konvensyen,B.E-learning.

Kami dari pihak Persatuan Mahasiswa Sains mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima sijil dekan pada semester lepas.Seramai 107 pelajar akan menerima sijil dekan tersebut. Bagi yang kurang berjaya,jangan putus usaha dan harapan mencapai kejayaan di masa akan datang.Semoga majlis ini akan berlangsung dengan lancar dan jayanya.



kami dari pihak persatuan memohon kemaafan diatas tidak beberapa aktif dalam mencoret maklumat disini...

Tuesday 25 December 2012

PERUTUSAN PRESIDEN SIDANG 2012/2013

Assalamualaikum w.b.t

 Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, 

  Sebagai tanda syukur kita ke hadrat ilahi kerana masih lagi kita dikurniakan limpahan nikmatnya. Kini, semester pertama bagi sesi 2012/2013 akan sampai ke penghujungnya dengan ketibaan Peperiksaan Akhir yang akan tiba tidak lama lagi. Cukup singkat masa yang berlalu meninggalkan kita. Betullah kata-kata Imam Ghazali r.a : “Perkara yang paling jauh dengan kita ialah masa lalu”

   Saya mewakili barisan kepimpinan Persatuan Sains Universiti Pendidikan Sains mengucapkan selamat menjalani Peperiksaan Akhir Tahun kepada mahasiswa ijazah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Gunakan lah waktu berbaki yang ada ini untuk menelaah pelajaran bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan nanti.
 Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka". Namun, sehebat-hebat persiapan kita bagi menghadapi peperiksaan akhir, persiapan dari sudut kerohanian tidak boleh diabaikan malahan kita perlu lebih perbanyakan lagi amal ibadah kita.

  Sedikit perkongsian ilmu yang boleh diamalkan oleh mahasiswa bagi persiapan diri menghadapi peperiksaan akhir :

 • Kerapkan berdoa dan bertaqarrub (berserah diri) pada Allah s.w.t 
 • Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kecemerlangan
 • Perbanyakkan solat hajat dan tahajud, untuk kekuatan ruhiyyah selaku hamba Allah
• Sentiasa mohon restu daripada kedua ibu-bapa, mohon maaf kepada pensyarah, sahabat-sahabatsepengajian. 
 • Lazimi diri dengan sentiasa membaca Al-Quran, letakkan sasaran sehari sehelai .
 • Jadikan kismis makanan harian dan kurangkan makanan ringan 


 Ikhlas dari,
 Muhammad Shamim Bin Zulkefli
 Presiden Persatuan Sains UPSI (2012/2013)

Friday 11 May 2012

Seperti yang dijanjikan, di bawah ini adalah beberapa gambar dari Bengkel Terapi Air yang diadakan pada malam semalam Bengkel berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta yang hadir. Dalam sesi soal jawab, peserta begitu bersemangat bertanya. Pelbagai tips yang diberikan oleh Saudari Atiqah Hasbi kepada para peserta terutama dalam mendapatkan wajah yang berseri, membuang penyakit yang tidak diketahui puncanya dan banyak lagi. Para peserta diingatkan untuk beramal sebelum dan yakin pada Kuasa yang Maha Esa. Segalanya adalah daripada kehendak dan kuasa-NYA. Banyak ilmu baru yang diperolehi terutama mengenai kelebihan air ini. Molekul-molekul air merupakan satu makhluk yang taat disisi pencipta-NYA. Ada satu pertunjukkan oleh saudari penceramah, menakjubkan bagi para peserta. Rugilah kepada mereka yang tidak hadir ke program ini.
n
Program seterusnya ialah pada hari Sabtu, 12.05.2012 Pertandingan Karikatur dan Sudoku Masa- 5.00pm-7.00pm Tempat- Bangunan E-Learning 6 Bengkel Miskonsepsi Masa- 8.00pm-10.30pm Tempat- Auditorium 1

Thursday 10 May 2012

Bengkel Terapi Air

Assalamualaikum... Pada malam mulia ini, bermulalah Karnival Inspirasi Sains '12. Alhamdulillah, penceramah yang dijemput ialah Atikah Hasbi. Perkongsian ilmu yang hebat. Bengkel dimulakan dengan beberapa perkongsian, peserta bengkel diingatkan untuk sentiasa bersyukur, sentiasa mengingati Allah walaupun dimana kita berada. Ada insan yang kurang bertuah dari kita. Bersyukur merupakan salah satu cara untuk menenangkan hati. Beliau memulakan bengkel pada jam 8.30 malam. Bengkel masih lagi berlangsung. Nantikan gambar-gambar sekitar program.