Tuesday 13 December 2011

Completing the Square - who discovered it




credit to google image

Al-Khawarizmi atau nama sebenarnya Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi dilahirkan di bahagian Kath Khwazirm atau pada zaman kini terletak di Kheva, Uzbekistan. Kath kini telah terkubur di bawah pasir. Khawarizmi nama terakhir beliau merujuk kepada tempat di mana beliau dilahirkan.


Beliau menyelia terjemahan karya-karya utama matematik dan astronomi Yunani dan India (termasuk daripada Brahmagupta) ke dalam bahasa Arab, dan menghasilkan hasil karyanya sendiri yang sehingga kini mempunyai pengaruh yang berkekalan ke atas kemajuan dan pembangunan orang-orang Islam serta matematik di Eropah (setelah karya-karya beliau yang tersebar ke Eropah melalui perterjemahan ke bahasa Latin dalam abad ke-12) .


Contoh Al-Khwarizmi 'melengkapkan kaedah kuasa dua' atau 'Completing the Square' untuk menyelesaikan persamaan kuadratik




Secara khususnya, Al-Khwarizmi mencipta formula yang sistematik untuk menyelesaikan persamaan kuadratik (persamaan yang melibatkan nombor yang tidak diketahui oleh kuasa 2, atau x^2) dengan menggunakan kaedah siap dan mengimbangi (methods of completion and balancing) untuk mengurangkan persamaan kepada salah satu daripada enam bentuk yang lebih standard, yang kemudiannya dapat diselesaikan.


Sumbangan Al-Khwarizmi penting yang lain adalah algebra, perkataan yang berasal dari tajuk teks matematik yang ditulis dan diterbitkan oleh beliau kira-kira 830 tahun yang lalu yang bertajuk "Al-Kitab al-Mukhtasar fi hisab al-Jabr wa'l-muqabala" (“The Compendious Book on Calculation by Completion and Balancing”).


credit to google image

Monday 12 December 2011

Seminar Hasil Penyelidikan Siri 3

Pada 12 Disember 2011 bersamaan hari Isnin di Dewan Konvensyen E-Learning, Bangunan E-Learning telah diadakan satu Seminar Penyelidikan Siri 3. Seminar ini dianjurkan oleh  Fakulti Sains & Matematik.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Abi Musa Assari bin Mohamed Nor. Dalam masa yang sama telah diadakan Pelancaran Jurnal UPSI.


Pembentangan hasil penyelidikan telah dibahagikan kepada dua sesi.
Sesi pertama terdiri daripada:

1. Dr.Syakirah Samsudin (Fakulti Sains & Matematik)
     - Ecological Footprints Profile of Universiti Pendidikan Sultan Idris
2. Dr. Nor Hasbiah Ubaidullah (Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif)
     - Pembangunan Sistem Penyaringan Pelajar Disleksia Berasaskan Web (e-ISD)
3. Puan Intan Kjasumarlina Mohd Khalid (Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif)
     - Cadangan Konsep Bagi Pembangunan Semula Rekabentuk Imej dan Identiti Pekan Tanjong Malim, Perak
4. Dr. Shakinaz Desa (Fakulti Sains & Matematik)
     - Transforming Tasik Raban's Weeds to Wealth
5. Encik Nurul Fadly Habidin
     - The Implementation of Sigma in Malaysian Automotive SME's
6. Dr Mohd Sani Madon (Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan)
     - Objectivity, Reliability and Validity of the Bent -Knee Push-Up for Primary School Girls Age 10,11 and 12


Manakala Pembentangan kedua pula disertai oleh

7. Prof Madya Dr.Sopia Md Yassin
     - Innovative Pedagogies : CLIL and POPBL
8. Prof Madya Dr. Maria Salih (Fakulti Sains & Matematik)
     - An Overview of the Program on Teaching Thinking at NCTT for Practice at UPSI
9. Dr.Kartini Ahmad (Fakulti Sains & Matematik)
     - Oxidative Coupling of Natural Indoles from Apocynaceae Family





Friday 9 December 2011

Anual Grand Meeting PMS 2011/2012

Pada 21.10.2011 yang lepas, suatu mesyuarat agong Persatuan Mahasiswa Sains (PMS-UPSI) telah diadakan dengan jayanya di Dewan Kuliah B. Mesyuarat ini merupakan acara tahunan.

Antara aturcara majlis ialah pembubaran jawatankuasa PMS sidang 2010/2011 dan pelantikan jawatankuasa PMS sidang 2011/2012. 

Ucapan mantan Presiden PMS sidang 2010/2011, Penasihat PMS En Mohd Faudzi bin Umar dan Timbalan Dekan FSMt Dr Syed Abd Malik b Syed Mohamad







Penyampaian Sijil mantan Majlis Tertinggi dan Exco-Exco














Pembubaran PMS Jawatankuasa Sidang 2010/2011 dan Pelantikan Jawatankuasa PMS Sidang 2011/2012





Thursday 8 December 2011

Jom pakat 'like' Fakulti Sains dan Matematik

Penubuhan 'Fakulti Sains & Matematik' di Facebook baru saja dilancarkan pada pagi tadi.
kepada semua mahasiswa/i FSM, pakat-pakatlah like page ini. InsyaAllah, segala maklumat dan informasi yang berhubung kait dengan fakulti ini akan dikongsi dalam page ini. Ajak semua coursemate.
Ni adalah salah satu alternatif untuk mengumpulkan semua mahasiswa/mahasiswi tidak mengira semester, umur, bangsa, kursus dan kolej kediaman dalam satu rumah maya . . .
Jom pakat like ramai-ramai ! ! !



 

Monday 5 December 2011

Apa itu Nano Teknologi?


Nanoteknologi telah dianggap sebagai ilmu pengetahuan baru di masa mendatang, dengan inovasi terbaru menggunakan partikel mikro yang dapat digunakan untuk menghilangkan kerut wajah, memperkokoh botol kemasan, dan membersihkan pakaian tanpa air.

Nanoteknologi adalah teknologi yang menggunakan skala nanometer, atau sepersemilyar meter, merupakan teknologi berbasis pengelolaan materi berukuran nano atau satu per miliar meter, dan merupakan lompatan teknologi untuk mengubah dunia materi menjadi jauh lebih berharga dari sebelumnya.

Dengan menciptakan zat hingga berukuran satu per miliar meter (nanometer), sifat dan fungsi zat tersebut bisa diubah sesuai dengan yang diinginkan. Sehelai rambut manusia, secara kasarnya memiliki diameter 80.000 nanometer. Itu berarti ukurannya bisa mencapai 100.000 kali lebih kecil dari diameter sehelai rambut manusia.

Seluruh benda yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari tersusun dari atom-atom berukuran nano. Para ilmuwan mengatakan bekerja dengan partikel-partikel ini dapat memberi harapan untuk membangun mesin miniatur atom demi atom, sama seperti setiap mahkluk hidup juga tersusun dari atom.

Beberapa ilmuwan sudah menerapkan nanoteknologi untuk menambah partikel-partikel perak mini, yang diketahui sebagai sebuah anti bakteri, pada pisau cukur, wadah penyimpanan makanan, dan kaus kaki anti debu.