Assalamualaikum....
Izinkan saya menyambung kisah-kisah menarik sepanjang berlangsungnya Hari Keluarga PMS. Kesuntukan masa sebelum ini membuatkan saya untuk membuat dua bahagian cerita, panjanglah sikit olahannya.
Pada hari kedua, sukaneka menjadi acara pertama yang diadakan. Aktiviti ini diadakan di padang utama Kampus Lama UPSI. Kemeriahan terasa apabila terdapat beberapa program lain yang turut diadakan. Bolehlah juga kami berkongsi PA system (bersukaneka sambil mendengar lagu-lagu dari pihak penganjur program sebelah). Walaupun persiapan tempat agak bersederhana, penyertaan dan sambutan agak menggalakkan. 6 kumpulan dari pelbagai kursus bersama-sama membentuk pasukan yang mempunyai gabungan yang mantap. Mereka masing-masing tidak mahu kalah, berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir. Keseronokan jelas terpancar di wajah masing-masing semasa aktiviti dijalankan. Sukaneka mempertaruhkan 5 jenis permainan. Antaranya ialah
1. Pakai kain batik sambil membawa bola pingpong
2. Baling bola pingpong sambil tutup mata
3. Baling-Sambut barangan berharga -telur,bola, dan belon-
4. Pijak belon kawan, Jaga belon sendiri
5. Terlupa lak yang satu lagi.............
Lagak dan karenah setiap peserta begitu mencuit hati. Ada yang kelihatan kekok memakai kain sarong, malah ada yang berlari-lari anak, tidak kurang juga yang basah kuyup dalam semasa menyambut belon dalam salah satu acara sukaneka. Malah mereka kelihatan begitu bersemangat semasa menjayakan kesemua aktiviti tersebut.
 |
kumpulan pertama |
 |
kumpulan 2 |
 |
kumpulan ketiga |
 |
kumpulan keempat |
 |
kumpulan kelima |
 |
ajk pelaksana yg bertungkus lumus memastikan kelancaran program.... gold credit to them |
 |
amboi2..presiden dan setiausaha tengah berbincang masalah negara ke? |
 |
pengarah senyum memanjang je... |
 |
pusing jangan tak pusing dik... |
|
 |
agak-agaknya ke mana la bola pingpong tu dibalingnya |
 |
sapa kate tak boleh lari-lari kalau pakai kain? |
 |
orang kuat PMS |
 |
ajk yg sentiasa memberikan komitmen |
 |
patutla..kak umi ye yang bagi arahan...oppsss!! |
 |
PIC program tengah mengelamun ke tengah observed peserta? |
 |
ajk tengah memberi penerangan |
 |
rehat seketika sebelum meneruskan permainan seterusnya... |
 |
rancaknya! |
 |
juri kena adil tau! |
Seterusnya kami bergerak ke bitarasiswa untuk 2 pertandingan terakhir
iaitu fashion-show-angkasawan dan pertandingan congkak. Kedua-dua
pertandingan ini dijalankan secara serentak.
Pertandingan
congkak menerima 6 penyertaan. Permainan ini merupakan permainan kalah
mati. Kesungguhan pihak penganjur dalam mengadakan pertandingan ini amat
bermakna kerana mereka menunjukkan kesungguhan dalam memperkaya warisan
melayu ini yang kini sudah hilang dek arus pembangunan. Malah ada
antara mereka yang hadir tertanya-tanya bagaimana pemainan ini
dilaksanakan. Terkilan hati kecil saya kerana memikirkan warisan
tradisional yang semakin pupus dan hilang dari persekitaran kita.
Anak-anak muda pada zaman ini lebih terdedah kepada permainan moden dan
barat. Jom kita lihat gambar-gambar sekitar pertandingan ini.
 |
para peserta mengambil tempat duduk masing-masing |
 |
khusyuknya para peserta mendengar taklimat |
 |
juri sedang memberi taklimat dan syarat-syarat permainan |
 |
amboi main congkak pun kena pakai 2 tangan ke dik? |
 |
duduk besimpuh baru la ideal nak main permainan tradisional |
 |
berbaju hitam itu merupakan pemenang tempat ketiga |
 |
sebelah kanan tu ialah juara pertandingan congkak |
Setelah singgah di pertandingan congkak, kini saya akan membawa
pembaca ke ruang legar bitarasiswa di mana pertandingan fashion-show
yang bertemakan angkasawan negara diadakan. Sambutan juga positif. Pertandingan
ini merupakan satu pertandingan yang menguji semangat berpasukan dan
kerjasama antara ahli kumpulan. Kekreatifan dan kawalan fikiran di luar
kotak amat penting untuk memenangi pertandingan ini. Hal ini kerana
mereka perlu menonjolkan sesuatu yang berbeza untuk meraih markah yang
lebih tinggi daripada juri. Juri-juri pertandingan ini merupakan Ecxo
PMS- Umi Nabilah dan Tim.Presiden-Huda Yusof. Alhamdulillah, setiap
kumpulan menunjukkan hasil kerja yang mantap dan kreatif.
Waktu
persembahan, setiap kumpulan berjaya mencuit hati para juri serta
setiap penonton yang hadir. Meraka begitu bersungguh-sungguh membuatkan
kami geli hati dan semakin seronok melihat telatah mereka. Pelbagai
idea-idea yang tidak terjangkau dek akal menjadi hujahan mereka dalam
mendapatkan markah yang terbaik.
 |
plastik sampah dijadikan baju |
 |
bersunguh-sunguh pereka fashion memakaikan pakaian kpd model mereka |
 |
angkat tangan tinggi |
 |
hahaha..dari mana pulak datangnya helmet tuh...tertanya2 |
 |
bersama model dan pereka fashion |
 |
bersama model dan pereka fashion |
 |
model-model yang teringin nak pi angkasa nih.. |
Lebih kurang jam 11.30 pagi, majlis penutup Hari Keluarga PMS diadakan secara sederhana tapi meriah. Semua pemenang pertandingan bola jaring serta futsal turut hadir untuk menerima hadiah kemenangan mereka.Ini adalah senarai pemenang secara keseluruhan :
Pertandingan sukaneka :
1. Kumpulan Noor Izzatie Amir
2. Kumpulan Nur Fadilah Abdall Lateb
3. Kumpulan Fatin Nabilah Saiman
Pertandingan Fashion show
1. Kumpulan Hilda Anak Emak
2. Kumpulan Nuurnaimah Ismail
3. Kumpulan Mimi Syakila Ismail
Pertandingan Congkak
1. Norazian Zulkafli (AT13-Kimia)
2. Nurhayati Amirudin (AT16-Sains)
3. Alyzwana Abdul Halim (AT13-Kimia)
Pertandingan Futsal
1.AT16-Sains Semester 4
2.AT13-Kimia Gabungan
3.AT16-Sains Semester 6
Pertandingan Bola Jaring
1.AT16-Sains Semester 6
2.AT-Fizik Semester 6
3.AT-Biologi Semester 6
Alhamdulillah, perjalanan dan pelaksanaan Hari Keluarga PMS berjalan dengan lancar dan membawa seribu makna kepada semua peserta dan AJK pelaksana. Temubual santai bersama para peserta menujukkn mereka amat berpuas hati dan seronok dengan program ini.
Harapanya, agar program ini akan diadakan lagi pada sidang akan datang. Penyertaan juga bertambah terutama dari batch-batch yang mempunyai ahli yang ramai. Penglibatan daripada pensyarah juga amat dialu-alukan kerana program ini sememangnya mampu mengeratkan hubungan antara pelajar-pensyarah, pensyarah-pensyarah, dan pelajar-pelajar. Ye la, nama pun Hari Keluarga Persatuan Mahasiswa Sains, jika lebih banyak penyertaan, maka gapaian objektif program ini akan lebih mantap. Semoga, ukhwah yang terjalin sepanjang program ini akan berkekalan dan bertambah kukuh. Senyum-senyum dan tegur-tegurlah para Exco dan Majlis Tertinggi PMS ye. Mungkin kadangkala kami tidak perasan, tapi apa salahnya jika senyuman manismu dihulurkan.
Untuk melihat gambar-gambar lain sepanjang program ini, sila tekan disini
Hari Keluarga PMS-Facebook
Segala komen dan respon warga FSMt amatlah dialu-alukan. Penambahbaikan untuk program yang akan datang juga kami tunggu-tunggu. Mungkin ada yang terlepas pandang. Sila tinggalkan kata-kata mutiara anda di halaman komen.
Sekian terima kasih,
-Sayang mahasiswa/i FSMt-