Friday, 11 May 2012
Seperti yang dijanjikan, di bawah ini adalah beberapa gambar dari Bengkel Terapi Air yang diadakan pada malam semalam
Bengkel berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta yang hadir. Dalam sesi soal jawab, peserta begitu bersemangat bertanya. Pelbagai tips yang diberikan oleh Saudari Atiqah Hasbi kepada para peserta terutama dalam mendapatkan wajah yang berseri, membuang penyakit yang tidak diketahui puncanya dan banyak lagi.
Para peserta diingatkan untuk beramal sebelum dan yakin pada Kuasa yang Maha Esa. Segalanya adalah daripada kehendak dan kuasa-NYA.
Banyak ilmu baru yang diperolehi terutama mengenai kelebihan air ini. Molekul-molekul air merupakan satu makhluk yang taat disisi pencipta-NYA. Ada satu pertunjukkan oleh saudari penceramah, menakjubkan bagi para peserta. Rugilah kepada mereka yang tidak hadir ke program ini.
n
Program seterusnya ialah pada hari Sabtu, 12.05.2012
Pertandingan Karikatur dan Sudoku
Masa- 5.00pm-7.00pm
Tempat- Bangunan E-Learning 6
Bengkel Miskonsepsi
Masa- 8.00pm-10.30pm
Tempat- Auditorium 1
Thursday, 10 May 2012
Bengkel Terapi Air
Assalamualaikum...
Pada malam mulia ini, bermulalah Karnival Inspirasi Sains '12.
Alhamdulillah, penceramah yang dijemput ialah Atikah Hasbi. Perkongsian ilmu yang hebat. Bengkel dimulakan dengan beberapa perkongsian, peserta bengkel diingatkan untuk sentiasa bersyukur, sentiasa mengingati Allah walaupun dimana kita berada. Ada insan yang kurang bertuah dari kita. Bersyukur merupakan salah satu cara untuk menenangkan hati.
Beliau memulakan bengkel pada jam 8.30 malam. Bengkel masih lagi berlangsung. Nantikan gambar-gambar sekitar program.
Subscribe to:
Posts (Atom)