Tuesday, 24 April 2012

Hari Keluarga PMS part 2


Assalamualaikum....
Izinkan saya menyambung kisah-kisah menarik sepanjang berlangsungnya Hari Keluarga PMS. Kesuntukan masa sebelum ini membuatkan saya untuk membuat dua bahagian cerita, panjanglah sikit olahannya.

Pada hari kedua, sukaneka menjadi acara pertama yang diadakan. Aktiviti ini diadakan di padang utama Kampus Lama UPSI. Kemeriahan terasa apabila terdapat beberapa program lain yang turut diadakan. Bolehlah juga kami berkongsi PA system (bersukaneka sambil mendengar lagu-lagu dari pihak penganjur program sebelah). Walaupun persiapan tempat agak bersederhana, penyertaan dan sambutan agak menggalakkan. 6 kumpulan dari pelbagai kursus bersama-sama membentuk pasukan yang mempunyai gabungan yang mantap. Mereka masing-masing tidak mahu kalah, berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir. Keseronokan jelas terpancar di wajah masing-masing semasa aktiviti dijalankan. Sukaneka mempertaruhkan 5 jenis permainan. Antaranya ialah

1. Pakai kain batik sambil membawa bola pingpong
2. Baling bola pingpong sambil tutup mata
3. Baling-Sambut barangan berharga -telur,bola, dan belon-
4. Pijak belon kawan, Jaga belon sendiri
5. Terlupa lak yang satu lagi.............

Lagak dan karenah setiap peserta begitu mencuit hati. Ada yang kelihatan kekok memakai kain sarong, malah ada yang berlari-lari anak, tidak kurang juga yang basah kuyup dalam semasa menyambut belon dalam salah satu acara sukaneka. Malah mereka kelihatan begitu bersemangat semasa menjayakan kesemua aktiviti tersebut.



kumpulan pertama

kumpulan 2

kumpulan ketiga

kumpulan keempat

kumpulan kelima




ajk pelaksana yg bertungkus lumus memastikan kelancaran program.... gold credit to them


amboi2..presiden  dan setiausaha tengah berbincang masalah negara ke?


pengarah senyum memanjang je...


pusing jangan tak pusing dik...

agak-agaknya ke mana la bola pingpong tu dibalingnya

sapa kate tak boleh lari-lari kalau pakai kain?



orang kuat PMS



ajk yg sentiasa memberikan komitmen





patutla..kak umi ye yang bagi arahan...oppsss!!




PIC program tengah mengelamun ke tengah observed peserta?







ajk tengah memberi penerangan

rehat seketika sebelum meneruskan permainan seterusnya...





rancaknya!




juri kena adil tau!




Seterusnya kami bergerak ke bitarasiswa untuk 2 pertandingan terakhir iaitu fashion-show-angkasawan dan pertandingan congkak. Kedua-dua pertandingan ini dijalankan secara serentak.

Pertandingan congkak menerima 6 penyertaan. Permainan ini merupakan permainan kalah mati. Kesungguhan pihak penganjur dalam mengadakan pertandingan ini amat bermakna kerana mereka menunjukkan kesungguhan dalam memperkaya warisan melayu ini yang kini sudah hilang dek arus pembangunan. Malah ada antara mereka yang hadir tertanya-tanya bagaimana pemainan ini dilaksanakan. Terkilan hati kecil saya kerana memikirkan warisan tradisional yang semakin pupus dan hilang dari persekitaran kita. Anak-anak muda pada zaman ini lebih  terdedah kepada permainan moden dan barat. Jom kita lihat gambar-gambar sekitar pertandingan ini.


para peserta mengambil tempat duduk masing-masing

khusyuknya para peserta mendengar taklimat

juri sedang memberi taklimat dan syarat-syarat permainan

amboi main congkak pun kena pakai 2 tangan ke dik?


duduk besimpuh baru la ideal nak main permainan tradisional


berbaju hitam itu merupakan pemenang tempat ketiga

sebelah kanan tu ialah juara pertandingan congkak


Setelah singgah di pertandingan congkak, kini saya akan membawa pembaca ke ruang legar bitarasiswa di mana pertandingan fashion-show yang bertemakan angkasawan negara diadakan. Sambutan juga positif. Pertandingan ini merupakan satu pertandingan yang menguji semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli kumpulan. Kekreatifan dan kawalan fikiran di luar kotak amat penting untuk memenangi pertandingan ini. Hal ini kerana mereka perlu menonjolkan sesuatu yang berbeza untuk meraih markah yang lebih tinggi daripada juri. Juri-juri pertandingan ini merupakan Ecxo PMS- Umi Nabilah dan Tim.Presiden-Huda Yusof. Alhamdulillah, setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja yang mantap dan kreatif.

Waktu persembahan, setiap kumpulan berjaya mencuit hati para juri serta setiap penonton yang hadir. Meraka begitu bersungguh-sungguh membuatkan kami geli hati dan semakin seronok melihat telatah mereka. Pelbagai idea-idea yang tidak terjangkau dek akal menjadi hujahan mereka dalam mendapatkan markah yang terbaik.

plastik sampah dijadikan baju

bersunguh-sunguh pereka fashion memakaikan pakaian kpd model mereka

angkat tangan tinggi

hahaha..dari mana pulak datangnya helmet tuh...tertanya2


bersama model dan pereka fashion

bersama model dan pereka fashion





model-model yang teringin nak pi angkasa nih..


Lebih kurang jam 11.30 pagi, majlis penutup Hari Keluarga PMS diadakan secara sederhana tapi meriah. Semua pemenang pertandingan bola jaring serta futsal turut hadir untuk menerima hadiah kemenangan mereka.Ini adalah senarai pemenang secara keseluruhan :

Pertandingan sukaneka :
1. Kumpulan Noor Izzatie Amir
2. Kumpulan Nur Fadilah Abdall Lateb
3. Kumpulan Fatin Nabilah Saiman

Pertandingan Fashion show
1. Kumpulan Hilda Anak Emak
2. Kumpulan Nuurnaimah Ismail
3. Kumpulan Mimi Syakila Ismail

Pertandingan Congkak
1. Norazian Zulkafli (AT13-Kimia)
2. Nurhayati Amirudin (AT16-Sains)
3. Alyzwana Abdul Halim (AT13-Kimia)

Pertandingan Futsal
1.AT16-Sains Semester 4
2.AT13-Kimia Gabungan
3.AT16-Sains Semester 6

Pertandingan Bola Jaring
1.AT16-Sains Semester 6
2.AT-Fizik Semester 6
3.AT-Biologi Semester 6

Alhamdulillah, perjalanan dan pelaksanaan Hari Keluarga PMS berjalan dengan lancar dan membawa seribu makna kepada semua peserta dan AJK pelaksana. Temubual santai bersama para peserta menujukkn mereka amat berpuas hati dan seronok dengan program ini.

Harapanya, agar program ini akan diadakan lagi pada sidang akan datang. Penyertaan juga bertambah terutama dari batch-batch yang mempunyai ahli yang ramai. Penglibatan daripada pensyarah juga amat dialu-alukan kerana program ini sememangnya mampu mengeratkan hubungan antara pelajar-pensyarah, pensyarah-pensyarah, dan pelajar-pelajar. Ye la, nama pun Hari Keluarga Persatuan Mahasiswa Sains, jika lebih banyak penyertaan, maka gapaian objektif program ini akan lebih mantap. Semoga, ukhwah yang terjalin sepanjang program ini akan berkekalan dan bertambah kukuh. Senyum-senyum dan tegur-tegurlah para Exco dan Majlis Tertinggi PMS ye. Mungkin kadangkala kami tidak perasan, tapi apa salahnya jika senyuman manismu dihulurkan.

Untuk melihat gambar-gambar lain sepanjang program ini, sila tekan disini Hari Keluarga PMS-Facebook

Segala komen dan respon warga  FSMt amatlah dialu-alukan. Penambahbaikan untuk program yang akan datang juga kami tunggu-tunggu. Mungkin ada yang terlepas pandang. Sila tinggalkan kata-kata mutiara anda di halaman komen.

Sekian terima kasih,

-Sayang mahasiswa/i FSMt-



Sunday, 22 April 2012

Hari Keluarga PMS part 1


Assalamualaikum….

Berakhirnya Hari Keluarga PMS. Jadi ada la juga bahan yang nak diceritakan kepada warga Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris. 21 April dan 22 April 2012 merupakan hari istimewa dalam kalendar PMS kerana ia merupakan hari di mana Program Hari Keluarga PMS diadakan di sekitar kampus lama UPSI. Program ini merupakan program ketiga anjuran PMS pada semester ini selepas Hari Interaksi PMS dan Kuprex’12. Pengarah program ialah saudara Saufi, semester 2, pendidikan kimia.
ni la pengarah kita...

Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan iaitu bola jaring, futsal, sukaneka, fashion-show dan pertandingan congkak. Hari Keluarga PMS ini diadakan selama 2 hari berturut-turut dan berakhir pada hari Ahad di sebelah paginya.

Dalam entri kali ini, saya akan update untuk hari pertama program ini dijalankan. 

Pada hari Sabtu ini, program bermula jam 2.00 petang. Sesi pendaftaran mengambil masa agak lama mungkin kerana hujung minggu, bas pun sedikit. Alhamdulillah, penyertaan amat menggalakkan. Bola jaring menerima penyertaan seramai 6 kumpulan.

1. Wakil batch BIOLOGI sem 6
2. Wakil batch FIZIK sem 6
3. Wakil batch SAINS sem 6
4. Wakil batch KIMIA sem 4
5. Wakil batch SAINS sem 4
6. Wakil EXCO PMS

Permainan dimulakan sejurus selesainya taklimat oleh pengadil yang diimport khas dari luar. Kehandalan dan kepakaran (terlupa pulak perkataan yang lagi sesuai) terserlah. Sememangnya mahasiswi-mahasiswi FSMt hebat-hebat belaka. Auta budak sains ‘nerd’ memang boleh disangkal. Faktanya mahasiswi-mahasiswi FSMt juga mampu bersukan dan saya juga ada mendengar ada wakil batch yang mewakili UPSI ke MASUM. Hebat tu! Bukan calang-calang pemain.

Jom kita teroka gambar-gambar sekitar pertandingan bola jaring ini yang berlangsung di padang bola jaring berhampiran gelanggang tenis.

sesi pendaftaran

lambung syiling nak undi tu... Timbalan Presiden duk menjampi ke? khusyuk benor pandang atas...

jangan gaduh-gaduh ye


exco-exco tengah berbincang taktik nak berperang,geng-geng bidan terjun. ketua panglima ida nurain mengepalai perbincangan. yang tak tahan kerepek kat mulut...

shoootttt......



goolll......


hebat tuh!!

baling jangan tak baling..

Pertandingan ini dimenangi oleh : 

1. wakil batch SAINS semester 6
2. wakil batch FIZIK semester 6
3. wakil batch BIOLOGI semester 6. 

Tahniah kepada kumpulan wakil batch yang berani menyerlahkan bakat yang terpendam kukuh selama ini. Terima kasih juga kepada Wakil Exco PMS yang sedia menyumbangkan keceriaan dan tenaga dalam memeriahkan lagi aktiviti ini walaupun menjadi bidang terjun di saat akhir. Jelas terpancar keseronokan di wajah-wajah para exco walaupun dalam masa yang sama terpaksa menjalankan tugas sebagai ajk pelaksana. 



Sekarang kita beralih pula ke pertandingan futsal. Pertandingan ini khas buat jejaka-jejaka dari Fakulti FSMt. Oleh sebab bilangan kaum lelaki agak sedikit dalam fakulti ini, hanya 4 wakil kumpulan yang dihantar untuk mewakili batch masing-masing. Batch yang paling banyak menghantar kumpulan ialah SAINS semester 4 sebanyak 2 kumpulan manakala SAINS semester 6 satu kumpulan dan batch Kimia diwakili oleh gabungan semester di mana terdapat juga seorang pelajar master yang mewakili kumpulan ini. Ini menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa FSMt. Mereka begitu bersemangat walaupun bilangan mereka sedikit. Sesungguhnya kualiti itu lebih penting dari kuantiti. Di bawah ini ialah senarai pasukan yang dihantar oleh batch masing-masing

1. wakil batch SAINS semester 6
2. wakil KIMIA gabungan
3. wakil batch SAINS semester 4 (kumpulan 1)
4. wakil batch SAINS semester 4 (kumpulan 2)

Pertandingan ini diadili oleh 2 orang pengadil dari Fakulti Sains Sukan. Kesemua kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing. Kadangkala tergelak kecil saya melihat mereka bermain. Dan ada 1 perkara yang saya amat mengagumi kaum lelaki ini, di mana mereka begitu fokus di dalam padang dan hanya kadang-kadang terdengar suara-suara dari luar yang bersorak menyokong pasukan pilihan masing-masing.
Permainan berjalan dengan bersih dan tanpa provokasi mana-mana pihak. Semua kelihatan begitu seronok. Ada beberapa kejadian lucu  yang berlaku, antaranya gol gawang sendiri, rampas-merampas bola, jatuh sendiri (baru nak masuk gelanggang tu, tak dan nak sepak bola pun jatuh la pulak..malu sungguh...) dan macam-macam lagi.

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar pertandingan ini…


ambik bola tu bang!

walaupon duk dpn gawang gol pun, otak kena fokus..tugas plg besar!



kesiannya..sampai terduduk!

test power!


ni tak tahu la skill apa...sebelah kaki terangkat wooo!




mantan exco sem lepas,tengok tu...hebat tau! jangan pandang sebelah mata..






penat yer???



juara AT16-SAINS sem 4
Naib juara AT13-KIMIA

tempat ketiga AT16-SAINS sem 6




Pada peringkat akhir, 2 kumpulan yang layak ialah wakil kumpulan gabungan KIMIA dan wakil batch SAINS semester 4. Walaupun berdepan dengan senior-senior, itu tidak menjatuhkan semangat mahasiswa semester 4 untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pertandingan dimenangi oleh :

1. wakil batch SAINS semester 4
2. wakil gabungan KIMIA
3. wakil batch SAINS semester 6

Pertandingan tamat dalam lingkungan jam 5.30 petang. sempat juga saya berjumpa dengan beberapa orang peserta yang mnegunjungi pasar malam di pekan. Walaupun penat, itu tak menjadi halangan untuk mereka meneruskan aktiviti sendiri. Apa-apa pun tahniah dan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Inilah wajah-wajah Exco dan rexco-rexco yang bertungkus-lumus dalam menjayakan pertandingan bola jaring. Walaupun penat, mereka tetap ikhlas berbakti untuk persatuan. Tahniah dan Terima Kasih!!

sabar je ajk pelaksana menunggu para peserta mendaftar,,.panas ke adik.

pemantau program ini..

serius beb ajk duk berbincang..semua demi kelancaran program

PIC program

ajk pelaksana di bahagian futsan beramah mesra bersama pengarah program..kihkihkih...

lagi seorang PIC yg gigih.


Nantikan sambungan Hari Keluarga pada hari kedua iaitu Ahad tidak lama lagi…

Friday, 20 April 2012

Hari Keluarga PMS


Hari keluarga PMS bertujuan untuk menegeratkan hubungan antara ahli. Jom sama-sama memeriahkan program ini. Pelbagai aktiviti diadakan seperti bola jaring, futsal, sukaneka dan permainan rakyat. Jangan ketinggalan! Inilah masanya untuk anda mengenali senior2 dan junior2. Bila lagi jika bukan hari ini. Jom sama-sama turun padang menyumbangkan peluh juga menyokong pasukan yang mewakili batch anda.