About PMS UPSI
















Persatuan Mahasiswa Sains telah ditubuhkan sejak 12 tahun yang lalu. Persatuan Mahasiswa Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris atau ringkasnya PMS UPSI, merupakan badan pelajar induk bagi mahasiswa/I program sains Fakulti Sains dan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ia merupakan wadah kegiatan pelajar yang menjadi pembantu dan penghubung utama kepada pentadbiran Bahagian Sains Fakulti Sains dan Matematik (FSMt) bagi memastikan bahawa semua kegiatan pelajar dan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi sains Fakulti Sains dan Matematik sejajar dengan matlamat dan halatuju pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris berdasarkan FALSAFAH UNIVERSITI.  

Nama rasmi bagi Persatuan ini ialah Persatuan Mahasiswa Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris, (PMS UPSI), dan bahasa penggunaan ialah Bahasa Melayu. Selain itu, Persatuan ini menjadi medium kegiatan mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris melaksanakan pelbagai aktiviti di bawah Fakulti Sains dan Matematik (FSM) yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi sebagai penggerak kerja . Pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan pada setiap sidang. Antara program wajib ialah Baktisiswa, Hari Interaksi, Mesyuarat Agong Persatuan, Festival dan pelbagai lagi.  

Persatuan ini menjadikan cogan kata ‘Intelektual, Kebajikan, Integrasi’ pegangan dan panduan. Sebagai mahasiswa/i UPSI, intelektual dititikberatkan kerana ia merupakan perkara paling penting dan utama dalam menempuhi kehidupan sebagai seorang mahasiswa/i. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk membantu mahasiswa/i dalam bidang akademik seperti bengkel miskonsepsi dan bengkel-bengkel lain. Selain itu, sebagai sebuah badan yang memayungi mahasiswa/i FSM, setiap kebajikan ahlinya diusahakan untuk dijaga dengan sedaya upaya. Manakala sebagai sebuah Universiti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, nilai perpaduan ini diberikan perhatian dan sering diserapkankan dalam setiap program yang diaturkan dan dilaksanakan.

Antara objektif-objektif PMS ialah :

  • Menggalakkan mahasiswa/I sains Fakulti Sains  dan Matematik menghayati Falsafah Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • Menjaga kebajikan dan hal ehwal ahli persatuan
  • Merapatkan hubungan di antara mahasiswa/I sains Fakulti Sains dan Matematik
  • Menjaga dan meninggikan imej mahasiswa/I sains Fakulti Sains dan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  •  Melaksanakan program pembangunan insan dan meningkatkan ilmu dan pengetahuan ahli persatuaan. 
  • Memberi sumbangan kepada perkembangan umum di dalam lapangan Sains & Matematik serta perkara yang berkaitan dengannya. Usaha ini turut memasyarakatkan mahasiswa/I sains Fakulti Sains & Matematik dalam lapangan keagamaan, pelajaran, kebudayaan, sukan dan rekreasi serta program pembangunan insan.
  • Bekerjasama dengan pihak Universiti, Pentadbiran Fakulti Sains & Matematik dan pertubuhan lain yang sama objektifnya.