Sunday 22 April 2012

Hari Keluarga PMS part 1


Assalamualaikum….

Berakhirnya Hari Keluarga PMS. Jadi ada la juga bahan yang nak diceritakan kepada warga Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris. 21 April dan 22 April 2012 merupakan hari istimewa dalam kalendar PMS kerana ia merupakan hari di mana Program Hari Keluarga PMS diadakan di sekitar kampus lama UPSI. Program ini merupakan program ketiga anjuran PMS pada semester ini selepas Hari Interaksi PMS dan Kuprex’12. Pengarah program ialah saudara Saufi, semester 2, pendidikan kimia.
ni la pengarah kita...

Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan iaitu bola jaring, futsal, sukaneka, fashion-show dan pertandingan congkak. Hari Keluarga PMS ini diadakan selama 2 hari berturut-turut dan berakhir pada hari Ahad di sebelah paginya.

Dalam entri kali ini, saya akan update untuk hari pertama program ini dijalankan. 

Pada hari Sabtu ini, program bermula jam 2.00 petang. Sesi pendaftaran mengambil masa agak lama mungkin kerana hujung minggu, bas pun sedikit. Alhamdulillah, penyertaan amat menggalakkan. Bola jaring menerima penyertaan seramai 6 kumpulan.

1. Wakil batch BIOLOGI sem 6
2. Wakil batch FIZIK sem 6
3. Wakil batch SAINS sem 6
4. Wakil batch KIMIA sem 4
5. Wakil batch SAINS sem 4
6. Wakil EXCO PMS

Permainan dimulakan sejurus selesainya taklimat oleh pengadil yang diimport khas dari luar. Kehandalan dan kepakaran (terlupa pulak perkataan yang lagi sesuai) terserlah. Sememangnya mahasiswi-mahasiswi FSMt hebat-hebat belaka. Auta budak sains ‘nerd’ memang boleh disangkal. Faktanya mahasiswi-mahasiswi FSMt juga mampu bersukan dan saya juga ada mendengar ada wakil batch yang mewakili UPSI ke MASUM. Hebat tu! Bukan calang-calang pemain.

Jom kita teroka gambar-gambar sekitar pertandingan bola jaring ini yang berlangsung di padang bola jaring berhampiran gelanggang tenis.

sesi pendaftaran

lambung syiling nak undi tu... Timbalan Presiden duk menjampi ke? khusyuk benor pandang atas...

jangan gaduh-gaduh ye


exco-exco tengah berbincang taktik nak berperang,geng-geng bidan terjun. ketua panglima ida nurain mengepalai perbincangan. yang tak tahan kerepek kat mulut...

shoootttt......



goolll......


hebat tuh!!

baling jangan tak baling..

Pertandingan ini dimenangi oleh : 

1. wakil batch SAINS semester 6
2. wakil batch FIZIK semester 6
3. wakil batch BIOLOGI semester 6. 

Tahniah kepada kumpulan wakil batch yang berani menyerlahkan bakat yang terpendam kukuh selama ini. Terima kasih juga kepada Wakil Exco PMS yang sedia menyumbangkan keceriaan dan tenaga dalam memeriahkan lagi aktiviti ini walaupun menjadi bidang terjun di saat akhir. Jelas terpancar keseronokan di wajah-wajah para exco walaupun dalam masa yang sama terpaksa menjalankan tugas sebagai ajk pelaksana. 



Sekarang kita beralih pula ke pertandingan futsal. Pertandingan ini khas buat jejaka-jejaka dari Fakulti FSMt. Oleh sebab bilangan kaum lelaki agak sedikit dalam fakulti ini, hanya 4 wakil kumpulan yang dihantar untuk mewakili batch masing-masing. Batch yang paling banyak menghantar kumpulan ialah SAINS semester 4 sebanyak 2 kumpulan manakala SAINS semester 6 satu kumpulan dan batch Kimia diwakili oleh gabungan semester di mana terdapat juga seorang pelajar master yang mewakili kumpulan ini. Ini menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa FSMt. Mereka begitu bersemangat walaupun bilangan mereka sedikit. Sesungguhnya kualiti itu lebih penting dari kuantiti. Di bawah ini ialah senarai pasukan yang dihantar oleh batch masing-masing

1. wakil batch SAINS semester 6
2. wakil KIMIA gabungan
3. wakil batch SAINS semester 4 (kumpulan 1)
4. wakil batch SAINS semester 4 (kumpulan 2)

Pertandingan ini diadili oleh 2 orang pengadil dari Fakulti Sains Sukan. Kesemua kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing. Kadangkala tergelak kecil saya melihat mereka bermain. Dan ada 1 perkara yang saya amat mengagumi kaum lelaki ini, di mana mereka begitu fokus di dalam padang dan hanya kadang-kadang terdengar suara-suara dari luar yang bersorak menyokong pasukan pilihan masing-masing.
Permainan berjalan dengan bersih dan tanpa provokasi mana-mana pihak. Semua kelihatan begitu seronok. Ada beberapa kejadian lucu  yang berlaku, antaranya gol gawang sendiri, rampas-merampas bola, jatuh sendiri (baru nak masuk gelanggang tu, tak dan nak sepak bola pun jatuh la pulak..malu sungguh...) dan macam-macam lagi.

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar pertandingan ini…


ambik bola tu bang!

walaupon duk dpn gawang gol pun, otak kena fokus..tugas plg besar!



kesiannya..sampai terduduk!

test power!


ni tak tahu la skill apa...sebelah kaki terangkat wooo!




mantan exco sem lepas,tengok tu...hebat tau! jangan pandang sebelah mata..






penat yer???



juara AT16-SAINS sem 4
Naib juara AT13-KIMIA

tempat ketiga AT16-SAINS sem 6




Pada peringkat akhir, 2 kumpulan yang layak ialah wakil kumpulan gabungan KIMIA dan wakil batch SAINS semester 4. Walaupun berdepan dengan senior-senior, itu tidak menjatuhkan semangat mahasiswa semester 4 untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pertandingan dimenangi oleh :

1. wakil batch SAINS semester 4
2. wakil gabungan KIMIA
3. wakil batch SAINS semester 6

Pertandingan tamat dalam lingkungan jam 5.30 petang. sempat juga saya berjumpa dengan beberapa orang peserta yang mnegunjungi pasar malam di pekan. Walaupun penat, itu tak menjadi halangan untuk mereka meneruskan aktiviti sendiri. Apa-apa pun tahniah dan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Inilah wajah-wajah Exco dan rexco-rexco yang bertungkus-lumus dalam menjayakan pertandingan bola jaring. Walaupun penat, mereka tetap ikhlas berbakti untuk persatuan. Tahniah dan Terima Kasih!!

sabar je ajk pelaksana menunggu para peserta mendaftar,,.panas ke adik.

pemantau program ini..

serius beb ajk duk berbincang..semua demi kelancaran program

PIC program

ajk pelaksana di bahagian futsan beramah mesra bersama pengarah program..kihkihkih...

lagi seorang PIC yg gigih.


Nantikan sambungan Hari Keluarga pada hari kedua iaitu Ahad tidak lama lagi…

No comments:

Post a Comment