Tuesday 25 December 2012

PERUTUSAN PRESIDEN SIDANG 2012/2013

Assalamualaikum w.b.t

 Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, 

  Sebagai tanda syukur kita ke hadrat ilahi kerana masih lagi kita dikurniakan limpahan nikmatnya. Kini, semester pertama bagi sesi 2012/2013 akan sampai ke penghujungnya dengan ketibaan Peperiksaan Akhir yang akan tiba tidak lama lagi. Cukup singkat masa yang berlalu meninggalkan kita. Betullah kata-kata Imam Ghazali r.a : “Perkara yang paling jauh dengan kita ialah masa lalu”

   Saya mewakili barisan kepimpinan Persatuan Sains Universiti Pendidikan Sains mengucapkan selamat menjalani Peperiksaan Akhir Tahun kepada mahasiswa ijazah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Gunakan lah waktu berbaki yang ada ini untuk menelaah pelajaran bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan nanti.
 Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka". Namun, sehebat-hebat persiapan kita bagi menghadapi peperiksaan akhir, persiapan dari sudut kerohanian tidak boleh diabaikan malahan kita perlu lebih perbanyakan lagi amal ibadah kita.

  Sedikit perkongsian ilmu yang boleh diamalkan oleh mahasiswa bagi persiapan diri menghadapi peperiksaan akhir :

 • Kerapkan berdoa dan bertaqarrub (berserah diri) pada Allah s.w.t 
 • Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kecemerlangan
 • Perbanyakkan solat hajat dan tahajud, untuk kekuatan ruhiyyah selaku hamba Allah
• Sentiasa mohon restu daripada kedua ibu-bapa, mohon maaf kepada pensyarah, sahabat-sahabatsepengajian. 
 • Lazimi diri dengan sentiasa membaca Al-Quran, letakkan sasaran sehari sehelai .
 • Jadikan kismis makanan harian dan kurangkan makanan ringan 


 Ikhlas dari,
 Muhammad Shamim Bin Zulkefli
 Presiden Persatuan Sains UPSI (2012/2013)

No comments:

Post a Comment